Monday 10 June 2013

Again All in One

Assalamualaikum..

Ada sesiapa yang nak order ice cream cake... terhangat di pasaran ni... Cepat-cepat call saya k.. Di samping itu turut berada di pasaran  tertinggi ialah Pina Colada (Kek Nenas Berkelapa) dan Pumpkin Cheese Cake. Upps...angin tu ... saya makan sikit je tapi kesan sampingannya.... Allahu Rabbi. Jadi sesiapa yang satu jenis dgn saya  aka berangin tu... jgn makan ye pumpkin cheese cake ni... order kek yang lain...

Jom ronda...

Homemade Icecream Cake
Homemade Pina Colada
Zoom in Icecream Cake
"Berangin" Pumpkin Cheese Cake..
Keratan Rentas.
Jom Order... Kalau teringin nak rasa contact saya di talian 016-4159976. Terima kasih.

Koleksi Pavlova


Antara Pavlova yg sempat di snap n upload...........


Sunday 9 June 2013

All in One Part 3

Jom tinjau....koleksi yang sempat diupload untuk Chocolate Indulgence Cake and  Triffle.....






All in One Part 2

Cepat.... nak cepat-cepat mengupload status ni... kejar masa ni.... Jom tengok koleksi Pecan yang sempat di snap..


Pecan butterscotch...



ALhamdulillah...kalau berminat nak order pm, sms, wassap, viber saya ye..016-4159974

Tuesday 4 June 2013

Ku harap bertemu di Bahagian Kedua..

Mudah-mudahan kita bertemu untuk koleksi  All in One Part 2 nanti..... InsyaAllah. Untuk menjamu mata boleh layari page saya di faceboook : In House Confectionery Kampar.

Tolong like boleh.....? Thank you. Assalamualaikum....

All in One Part 1

Assalamualaikum semua. Salam Sejahtera. Selamat bersua kembali. Saya ingin kongsikan beberapa produk  aka tempahan yang dah lama dibuat tetapi tidak berkesempatan untuk dipamerkan..... Jom kita cuci mata..


Walnut Choc Moist Cupcakes for Hantaran Bertunang Ordered by Nabilla of Utar Kampar. Requested for tis theme.i.e alat solek.... I like it and the challenge as well. But once it was done, it is full of satisfaction.

Ini chicken pai tempahan seorang  adik untuk dihantar ke BSN Kampar...

My favourite cakar ayam specially requested by one sister from Kuala Selangor as doorgifts for her sister's engagement. 600 pieces.

Tiramisu in the house.... tak sempat frozen sebab terkejar untuk dihantar kpd Juliana Abu Bakar. That's why nampak cheese tu cair..

Azida ordered this rainbow cake with italian buttercream for her friend OJO... cute kan nama ojo...

Caramel Cake for my beloved hubby Azamin..... Terketar-ketar tulisan sebab anak-anak n bapa anak dah bising tak sempat-sempat nak makan... hish...

Japanese cream puff ordered by Nabilla.... You all better try it. Tak kiralah buat sendiri atau beli. Sedap sangat especially makan time sejuk....

Aha.... my lovely and yummy talam berlauk.... Siapa order ye? Kak Rosliza agakya... Lupa daaa...
 Thank you very much for such orders.

Syukran Jazilan.

Terima kasih banyak-banyak. Please support me in this business. Tqvm once again.

Monday 11 March 2013

LAMA TAK BERSUA

Assalamualaikum.....

Sudah lama saya tidak update blog ini.... Trimester ini saya amat sibuk dan tidak punya masa untuk update status. Namun masih berkesempatan, di sebalik sisa-sisa kudrat yang Allah kurniakan untuk memenuhi setiap tempahan yang datang daripada kawan-kawan. Meskipun tidak mencurah-curah tetapi sekadar cukup dan memadai buat waktu ini bersesuaian dengan kekangan masa yang saya hadapi. Sungguh;  Allah Maha Adil...

Saya lebih suka update di lawan sosial Facebook...  ringkas dan mudah. Untuk santapan minda dan mata anda bolehlah lawati :-
www.facebook.com/pages/In-House-Confectionery-Kampar

Sudi-sudikanlah untuk like. Syukran.

Saturday 24 November 2012

Mini Triffles

 Mini triffles....




Crepe durian again

Assalamulaikum semua...

Alkisahnya Cik Zurin, menempah crepe ini untuk dimakan bersama family yang turun ker Perak. Kemudian akan bercuti ke Penang.  Thanks Zurin sudi order and jgn pening ye ..... makan durian banyak-banyak ni...




Talam tokyo buat Su.....

Hari ini saya nak kongsikan tempahan dari Puan Suzana... teringin nak makan talam tokyo katanya... untuk su, dipersembahkan talam tokyo ini.... selamat menjamu selera dan terima kasih sudi tempah.


Durian crepe day.........

Assalamualaikum semua....

Kecoh seMalaysia dengan kehadiran durian crepe ni ... mentang-mentanglah musim buah-buahan, maka ada ajelah idea -idea  chef-chef kita ni.... terima kasih kepada chef, blogger yang sudi kongsi idea dan resepinya.

Saya pun tak nak ketinggalan, cubalah nasib .... dan alhamdulillah ada juga sambutan dari kawan-kawan saya. Terima kasih kepada yang sudi order.





Blue Red Velvey


Assalamualaikum semua....

Jemu dengan RVC, jadi saya alter ia menjadi blue red velvet..... khas untuk adinda tersayang sempena hari jadi beliau pada 15.11.2012 yang lalu...


Jom tengok keratan rentasnya....


Wednesday 14 November 2012

300 pieces polkadot....

Assalamualaikum semua dan Salam Maal Hijrah..

Sempena cuti panjang ni pasti semua sudah sedia maklum , mesti meriah dengan kenduri kendara khususnya walimatul urus. Ye tak.? Satu lagi kenduri yang mendapat tempat istimewa sempena cuti panjang ni sudah pastilah kenduri majlis berkhatan..... Seriau bebudak dibuatnya...

Tempahan ini saya terima dari adik Akma di UTAR. Terima kasih ye dik. Polkadot ini untuk dimakan semasa kenduri pernikahan adiknya Sabtu nanti. Tahniah buat adik kepada adik Akma tu... Ini hasilnya...


Cumanya untul polkadot kali ini, ada sedikit masalah yang saya hadapi. Bancuhan pertama ianya kembang dan gebu cantik jer... dibuat dalam 9.00 pagi.  Tapi bancuhan kedua, ketiga dan keempat, dia tidak menjadi gebu seperti biasa dan berlubang-lubang seperti ada rongga angin. Saya dah cuba  cucuk-cucuk dengan lidi untuk membuang angin tersebut tetapi masih tiada hasil.... sedikit upset  sebenarnya... bancuhan ke2, ke3 dan ke4 dibuat time tengahari dan cuaca panas......

Bancuhan kelima dibuat petang dan time hujan.... dan Alhamdulillah ianya gebu semula....

Jadi banyak persoalan berkitar di minda saya. Resepi yang sama, teknik yang sama namun hasil yang berbeza.... Adakah faktor cuaca memainkan peranan? Semuanya belum terjawab dan masih dalam RND lagi....

Justeru besarlah harapan saya khususnya kepada blogger yang involve dalam arena polkadot ini, sudi-sudikanlah berkongsi pengalaman dan tips semoga  permasalahan ini menemui jalan penyelesaiannya.Sharing is caring and most importantly.... BARAKAT dan RAHMAT ALLAH menjadi milik anda InsyaALLAH. Saya open untuk diskusi.... Syukran.

DAlam masa yang sama saya akan cari jalan melalui RnD saya tentang sebab musababnya... dan akan saya kongsikan InsyaAllah.

Dan untuk Akma, salam kemaafan atas ketidaksempurnaan polkadot anda. Akak dah buat yang terbaik....

Tempahan ke kelantan lagi

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah....

Cuti yang panjang minggu ni kan.... Jadi bolehlah melepak sekejap dengan anak-anak ye tak? Nak kata lepak santai tak jugak.... lepak kelam kelibut ada lah. Betul tak... Saya ni anak baru dua tapi dah tak keruan dibuatnya... aduhai

Just nak kongsi tempahan dari Cik Illi Suhaili di UTAR. Menempah mini pavlova tiga set dan 12 pieces  oreo chocs with edible image untuk dibuat buah tangan  buat buah hatinya ... anak saudara dia la.... Terima kasih atas tempahan.

Minta-minta selamatlah pavlova dan coklat tu.... tak pernah ada history diterbangkan sebegitu jauh......



Ini oreo chocsnya... with BoboiBoy......


Terima kasih daun keladi....

Mini Pavlova......

 

Assalamualaikum.... Salam Maal Hijrah. Jgn lupa baca Yasin dan doa akhir tahun serta awal tahun nanti ye..

Sempana tahun baru hijri ini marilah sama-sama kita perbaiki amalan dan  segala-galanya untuk masa depan kita yang cerah di alam barzakh dan padang mahsyar nanti. Ingatan ini khas untuk diri saya sendiri dan semoga  rakan-rakan yang lain mendapat sedikit peringatan daripadanya.

Hari ini saya nak berkongsi beberapa tempahan yang saya terima dari kawan-kawan tersayang... Sayang sokmolah ... sebab sokmo order.... tak gitu Cik Juliana Abu Bakar.... gurau gitu.

Yang tak order jgn kecik hati..... sayang semua-semua lah...

Cii Jue, hari tu terliur melihat pavlova Tengku Rahimah... tu yang dia menempah dari saya tu... Anyway thanks Jue.

Sunday 4 November 2012

Chocolate Pralines untuk Hantaran Bertunaang

Tempahan ini dari Dira TESCO untuk hantaran bertunang kawannya. Kata Dira..".. asyik kawan saya je bertunang..saya belum lagi..." Isyk sabar ye Dira. Kalau ada jodoh tak ke mana.


Terima kasih atas tempahan.

Santapan Pavlova.....

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat yang lepas, kawan saya Tengku Rahimah menempah pavlova ini. Katanya ingin disantap bersaya ayahanda dan bondanya yang datang berkunjung ke KAmpar. Terima kasih Teng atas tempahan. Selamat Menjamu Selera.


Terima kasih atas tempahan.

terbangpolkadot terbang.... terbang jauh ke Che Siti Wan Kembang....

Assalamualaikum semua....

Kali ini apam polkadot saya diterbangkan ke Kelantan atas permintaan Cik Zureen. Syukran.




Syukran atas tempahan.

Permintaan Cik Sarah, Talam Tokyo dan Kuih Cara....

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak kongsikan beberapa tempahan Cik Sarah dari Faculty Science UTAR. Talam Tokyo dan kuih cara berlauk....  Terima kasih Cik Sarah kerana sudi tempah dari akak.



Ini kuih caranya;


Kata Sarah, intinya agak pedas. Maaf ye dik.  Tapi saya memeang sukakan sedikit pedas. Cuma hari tu saya menggunakan rempah raja kari Faiza. Memang berapi pedasnya. InsyaAllah, lain kali akan dikurangkan kuantitinya.

Apapaun terima kasih atas tempahan.

Thursday 1 November 2012

Menjelang Aidil Adha


Assalamulaikum semua...

Rasanya dah lama saya tidak update status blog ini... Mood kuranglah.. agaknya sebab makan banyak sangat daging korban kut....

Bercerita tentang daging korban, ingin saya kongsikan tempahan yang terima dari kenalan dan rakan (macam banyak je bunyinya ye) .. sempena Aidil Adha yang lalu. Taklah banyak mana... tapi itulah rezeki yang tersurat.Alhamdulillah.

Ini tempahan dari kak yati. Katanya puding roti ni untuk santapan bondanya yang tidak berapa sihat.  Didoakan semoga bonda kak yati sudah pulih seperti sediakala. Amin.


Kak Yati turut menempah kuih cara. Jom kita tengok..



Terima kasih ye kak sebab sidu tempah dari saya...