Showing posts with label apam polkadot dan apam menara condong..... Show all posts
Showing posts with label apam polkadot dan apam menara condong..... Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

300 pieces polkadot....

Assalamualaikum semua dan Salam Maal Hijrah..

Sempena cuti panjang ni pasti semua sudah sedia maklum , mesti meriah dengan kenduri kendara khususnya walimatul urus. Ye tak.? Satu lagi kenduri yang mendapat tempat istimewa sempena cuti panjang ni sudah pastilah kenduri majlis berkhatan..... Seriau bebudak dibuatnya...

Tempahan ini saya terima dari adik Akma di UTAR. Terima kasih ye dik. Polkadot ini untuk dimakan semasa kenduri pernikahan adiknya Sabtu nanti. Tahniah buat adik kepada adik Akma tu... Ini hasilnya...


Cumanya untul polkadot kali ini, ada sedikit masalah yang saya hadapi. Bancuhan pertama ianya kembang dan gebu cantik jer... dibuat dalam 9.00 pagi.  Tapi bancuhan kedua, ketiga dan keempat, dia tidak menjadi gebu seperti biasa dan berlubang-lubang seperti ada rongga angin. Saya dah cuba  cucuk-cucuk dengan lidi untuk membuang angin tersebut tetapi masih tiada hasil.... sedikit upset  sebenarnya... bancuhan ke2, ke3 dan ke4 dibuat time tengahari dan cuaca panas......

Bancuhan kelima dibuat petang dan time hujan.... dan Alhamdulillah ianya gebu semula....

Jadi banyak persoalan berkitar di minda saya. Resepi yang sama, teknik yang sama namun hasil yang berbeza.... Adakah faktor cuaca memainkan peranan? Semuanya belum terjawab dan masih dalam RND lagi....

Justeru besarlah harapan saya khususnya kepada blogger yang involve dalam arena polkadot ini, sudi-sudikanlah berkongsi pengalaman dan tips semoga  permasalahan ini menemui jalan penyelesaiannya.Sharing is caring and most importantly.... BARAKAT dan RAHMAT ALLAH menjadi milik anda InsyaALLAH. Saya open untuk diskusi.... Syukran.

DAlam masa yang sama saya akan cari jalan melalui RnD saya tentang sebab musababnya... dan akan saya kongsikan InsyaAllah.

Dan untuk Akma, salam kemaafan atas ketidaksempurnaan polkadot anda. Akak dah buat yang terbaik....

Sunday, 4 November 2012

terbangpolkadot terbang.... terbang jauh ke Che Siti Wan Kembang....

Assalamualaikum semua....

Kali ini apam polkadot saya diterbangkan ke Kelantan atas permintaan Cik Zureen. Syukran.




Syukran atas tempahan.

Sunday, 21 October 2012

Apam Polkadot

 Cik Aida di UTAR menempah apam ni selepas membaca post saya yang lepas...  Apam kali ni okay. Sedap dan gebu. Cuma ada lubang-lubang sedikit sebab tutup pengukus saya tu tak rapat. Nak dihentak terlalu kuat takut berterabur pula acuan polkadot di dalamnya. Saya letak blueberry and peanut butter filling . Selamat menjamu selera Aida.

Tuesday, 9 October 2012

Rahsia apam polkadot yang gebu dan comel.....

Assalamualaikum semua....

Kalau bercerita tentang apam polkadot ni, saya rasa seantero dunia dah tahu kut..... semua orang pasti terpikat dengan kecomelannya.... semua orang pun saya rasa dah mempunyai resepi ini di dalam buku resepi mereka... sama macam saya..

Kalau nak tahu saya dah banyak kali try buat apam ni.... ikut resepi internet la... bila dah siap seronok sangat.... rasa  macam dunia ini ana yang punya walaupun ianya tidak gebu dan tidak montok macam hero kucing kesayangan saya... Tapi time tu saya tak rasa down sebab saya tak pernah makan dan menikmati  "tekstur sebenar" apam ini. Jadi ikut hemah saya pada ketika itu, apa yang saya buat sudah cukup marvelous.... konon...............lebih-lebih lagi bila tengok si kurus Aqeel pelahap semacam jer... kira okaylah kan????

Hinggalah satu ketika tatkala saya breakfast di sebuah kedai yang kebetulan ada menjual apam comel ini. Jadi saya pun subalah rasa.... dan....jeng jeng jeng....... lembutnya walau dah lama masak.... gebunya..... totally different macam yang saya buat. Saya mula tertanya-tanya mcamana apam dia boleh jadi gitu? Lebih menyayat hati bila si Kurus Aqeel tu boleh cakap:- " lembutnya tak macam mama buat...." Ini yang tercabar ni..

Sejak hari itu, saya mula google semula  dalam internet looking for the correct receipe and method.... Surprisingly semua blog mempunyai resepi yang sama dan cara yang sama. Resepi terdahulu saya perolehi dari blog Apampolkadot.com. Cuma resepi blog ini jelah yang provide quite different methods. Jadi saya return back to this blog and looked for the clues etc etc.... untuk membaikpulih keadaan apam saya tu... Dari blog ini, dari setiap komen,persoalan yang dikemukakan oleh pengunjung-pengunjungnya dirangkumkan sekali dengan saya punya pengalaman sendiri ....... akhirnya saya temui jawapan kepada permasalahan saya tersebut....

YANG PASTI LAGI BERSULUH   resepi yang diperolehi tidak salah, cuma method yang salah. Jadi saya masih lagi menggunapakai resepi dari blog Apampolkadot.com. Terima kasih. Saya copy paste di sini. Saya edit sedikit caranya mengikut pengalaman saya beserta petua-petua di dalam menyediakannya.


PETUA APAM POLKADOT  YANG GEBU DAN COMEL

1. Apam ini tidak boleh diletak di dalam suhu bilik dalam tempoh masa yang lama.
2. Kalau boleh pasanglah aircond/ kipas masa membuatnya.
3. Pastikan telur dan susu betul-betul sejuk sebelum digunakan.
4. Pukul kena lam sedikit.


RESEPINYA

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
    (Saya pukul lebih kurang 2-3 minit sehingga foamy aka putih gebu. Guna high speed)
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
    (2 minit = high speed)
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
   (2 minit = high speed)
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan
    ( 3-4 minit = medium speed sehingga likat)
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
 

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
D
Dan inilah hasilnya:




SELAMAT MENCUBA..... BILA DAH CUBA DAN AGAK-AGAK DAH SERIK ORDER JE LA NGAN SAYA YE... 012-6409936...

Friday, 28 September 2012

Sesejuk mata memandang sejuk lagi bila dimakan....

Cik Ima menempah kek karamel ini sempena hari jadi anaknya Adam Haiqal.

berserta patung ultraman dan coklat hiasan....


Warna tu saya rasa dah letak agak banyak tapi masih nampak pucat...... tak apalah .. untuk budak-budak tak elok pewarna yang keterlaluan.....


Turut menempah 50 biji polkadot. Terima kasih atas tempahan.


Saturday, 31 March 2012

Polkadot n karamel


Weekend lepas mak Cik Zureen turun ke Kampar dari Kelate.... jauh tu.... Makcik kasi Cik Jah  budu..sedapnya budu tu.....dah lama tak mencicah budu..ate ape ke lagi........ngap budu je la...

Pastu, inilah permintaan Cin Zurin untuk santapan keluarganya.... Polkadot n kek karamel.... Sedap kata mereka. Alhamdulillah. Kejap je habis.... kan dah kata..

Tapi kek karamel Cik Zurin pun ada caritera tersendiri...... agaknya sebab dah mengantuk... semasa nak terbalikkan kek tu.. ianya terjatuh ....salah landing ..... mahu tak menggelabah Cik Jah..... Mak!!!!!!...... So minta ampun maaf dari Cik Zurin atas sedikit kecacatan kek tersebut.... dan ini komen Cik Zurin..

" senget pun da nak hhs dah akak oi, haha, nk tdoq smlm pn mkn, bfast pg td pn mkn, ada lg small piece dlm peti...."  :)) thank you.