Tuesday 9 October 2012

Rahsia apam polkadot yang gebu dan comel.....

Assalamualaikum semua....

Kalau bercerita tentang apam polkadot ni, saya rasa seantero dunia dah tahu kut..... semua orang pasti terpikat dengan kecomelannya.... semua orang pun saya rasa dah mempunyai resepi ini di dalam buku resepi mereka... sama macam saya..

Kalau nak tahu saya dah banyak kali try buat apam ni.... ikut resepi internet la... bila dah siap seronok sangat.... rasa  macam dunia ini ana yang punya walaupun ianya tidak gebu dan tidak montok macam hero kucing kesayangan saya... Tapi time tu saya tak rasa down sebab saya tak pernah makan dan menikmati  "tekstur sebenar" apam ini. Jadi ikut hemah saya pada ketika itu, apa yang saya buat sudah cukup marvelous.... konon...............lebih-lebih lagi bila tengok si kurus Aqeel pelahap semacam jer... kira okaylah kan????

Hinggalah satu ketika tatkala saya breakfast di sebuah kedai yang kebetulan ada menjual apam comel ini. Jadi saya pun subalah rasa.... dan....jeng jeng jeng....... lembutnya walau dah lama masak.... gebunya..... totally different macam yang saya buat. Saya mula tertanya-tanya mcamana apam dia boleh jadi gitu? Lebih menyayat hati bila si Kurus Aqeel tu boleh cakap:- " lembutnya tak macam mama buat...." Ini yang tercabar ni..

Sejak hari itu, saya mula google semula  dalam internet looking for the correct receipe and method.... Surprisingly semua blog mempunyai resepi yang sama dan cara yang sama. Resepi terdahulu saya perolehi dari blog Apampolkadot.com. Cuma resepi blog ini jelah yang provide quite different methods. Jadi saya return back to this blog and looked for the clues etc etc.... untuk membaikpulih keadaan apam saya tu... Dari blog ini, dari setiap komen,persoalan yang dikemukakan oleh pengunjung-pengunjungnya dirangkumkan sekali dengan saya punya pengalaman sendiri ....... akhirnya saya temui jawapan kepada permasalahan saya tersebut....

YANG PASTI LAGI BERSULUH   resepi yang diperolehi tidak salah, cuma method yang salah. Jadi saya masih lagi menggunapakai resepi dari blog Apampolkadot.com. Terima kasih. Saya copy paste di sini. Saya edit sedikit caranya mengikut pengalaman saya beserta petua-petua di dalam menyediakannya.


PETUA APAM POLKADOT  YANG GEBU DAN COMEL

1. Apam ini tidak boleh diletak di dalam suhu bilik dalam tempoh masa yang lama.
2. Kalau boleh pasanglah aircond/ kipas masa membuatnya.
3. Pastikan telur dan susu betul-betul sejuk sebelum digunakan.
4. Pukul kena lam sedikit.


RESEPINYA

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
    (Saya pukul lebih kurang 2-3 minit sehingga foamy aka putih gebu. Guna high speed)
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
    (2 minit = high speed)
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
   (2 minit = high speed)
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan
    ( 3-4 minit = medium speed sehingga likat)
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
 

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
D
Dan inilah hasilnya:




SELAMAT MENCUBA..... BILA DAH CUBA DAN AGAK-AGAK DAH SERIK ORDER JE LA NGAN SAYA YE... 012-6409936...

2 comments:

Unknown said...

tq for the petua..tercari2 jgk nape apam polkadot yg sy buat keras..hope next try lembut..preparing for candy buffet for my baby newborn..

Unknown said...

by the way nak tnya...if nak maintain environment temperature.. kalu xde aircond... boleh x letak dalam fridge sekejap and amik balik bila nak piping...and than masuk balik..untuk maintain temp...???