Saya suka sangat hari ini.... kenapa? Sebab akhirnya saya dapat juga buat kuih kegemaran saya.... TALAM BERLAUK..... Dah lama saya nak buat tapi tak ada bahan utama iaitu keladi... Jadi nak dijadikan cerita, pada suatu hari... Jue kawan saya bagi beberapa ketul besar keladi.... Ibarat ulam dicita pucuk mendatanglah.....
Tetapi disebabkan kesibukan, selepas 2-3 hari Jue bagi keladi tu barulah saya berkesempatan membuatnya walaupun hati ni meronta-ronta, dah terasa-rasa talam tu menari-nari di dalam mulut saya.....
Jom check...
Gambar selepas dikukus yang masih belum dihias dan disolek... |
Setelah disiap dihias... |
Talam yang siap ditaburi bahan hiasan beserta homemade sauce.... |
Ya Allah... sedapnya... puas sungguh saya menikmati talam berlauk ni. Thanks Jue.... Saya turut bekalkan untuk jiran-jiran dan kenalan saya. Untuk Jue pun ada.... Jue kata sedapnya.....
No comments:
Post a Comment