Sunday 21 October 2012

Saya suka...saya suka...

Assalamualaikum semua................

Saya suka sangat hari ini.... kenapa? Sebab akhirnya saya dapat juga buat kuih kegemaran saya.... TALAM BERLAUK..... Dah lama saya nak buat tapi tak ada bahan utama iaitu keladi... Jadi nak dijadikan cerita, pada suatu hari... Jue kawan saya  bagi beberapa ketul besar keladi.... Ibarat ulam dicita pucuk mendatanglah.....

Tetapi disebabkan kesibukan,  selepas 2-3 hari Jue bagi  keladi tu barulah saya berkesempatan membuatnya walaupun hati ni meronta-ronta, dah terasa-rasa talam tu menari-nari di dalam mulut saya.....

Jom check...


Gambar selepas dikukus yang masih belum dihias dan disolek...

Kita lihat selanjutnya...

Setelah disiap dihias...

 Kita lihat sosnya.....


Talam yang siap ditaburi bahan hiasan beserta homemade sauce....
Jom zoom in.... guna kamera canggih  saya.... handphone sony ericson..



Ya Allah... sedapnya... puas sungguh saya menikmati talam berlauk ni. Thanks Jue....  Saya turut bekalkan untuk jiran-jiran dan kenalan saya. Untuk Jue pun ada.... Jue kata sedapnya.....

White hyppo....

Suatu hari tu.... secara tiba-tiba terasa nak buat kuih badak berendam...... kuih ni seingat saya adalah kuih favorite  emak dulu-dulu. Mak selalu buat. Bukan setakat kuih badak berendam... ada puteri sebilik, limas, etc yang mana saya tak berapa ingat namanya dan  ingat-ingat lupa bentuk serta rasanya. Mak saya memang pandai memasak dulu-dulu.... iyelah orang dulu memang pandai masak...ye tak. Tetapi sekarang ni dia dah lupa semuanya. Nak tanya resepi pun dia dah tak tahu. Sebab dia tak tulis resepi cuma ingat di kepala.... itulah akhirnya kena la saya menuntut dgn orang lain... sian mak...

Zoom in....

Saya tabur dengan kelapa yang masih berbaki tu...... Cuma kali ini kuahnya agak sedikit sebab tak cukup santan. Nak ke kedai dah malas. So badak tu cuma rendam separuh je.... mandi tak basah ......

Apam Polkadot

 Cik Aida di UTAR menempah apam ni selepas membaca post saya yang lepas...  Apam kali ni okay. Sedap dan gebu. Cuma ada lubang-lubang sedikit sebab tutup pengukus saya tu tak rapat. Nak dihentak terlalu kuat takut berterabur pula acuan polkadot di dalamnya. Saya letak blueberry and peanut butter filling . Selamat menjamu selera Aida.

My tiramisu

abaikan saja rupanya tu... buat dalam keadaan kelam kabut.... 
 Dah lama saya cuba membuat kek tiramisu ni.  First and second trial were out.... kek sponge yang tidak menjadi. Bancuhan betul dan memang ikut resepi. Tetapi saya rasa masalahnya adalah oven saya. Susah betul nak set kan the exact temperature sehinggalah saya terpaksa menelefon technician terbabit untuk membaik pulih oven saya tu.

Percubaan ketiga ini adalah percubaan selepas oven diganti dengan rod baru. Jeng..jeng..jeng.... Alhamdulillah ianya menjadi. Cuma kena pandai sedikit bermain dengan suhu oven tu. :)

Kali ini saya ikut resepi kek span  kak aza. Thanks kak untuk perkongsian resepi tu. Cuma untuk krim, saya buat rujukan kepada beberapa resepi lain... dan inilah hasilnya. "sedap..." itu komen pertama yang terpacul keluar dari bibir suami saya.... Yes! akhirnya!

Dan saya bekalkan kek ini untuk beberapa orang kenalan.... dan ini komen dari Juliana Abu Bakar , UTAR:-
 
"....Lupa nak gtau..gila sdp kek tiramisu td. tunggu gaji ni nak order ye :)"

Alhamdulillah....... so kawan-kawan kena sabar dan jgn putus semangat je dalam memasak ni.....

Wednesday 10 October 2012

Pudding Roti Saya....

Rakan sekerja saya, Nabilla was craving for butter bread pudding and asked me to bake it. Saya ni pun bukannya pandai sangat pun.... setakat talam roti tu okay lah...  Tidak mahu menghampakan, saya pun google all the recipes online.... thanks to those  who are willing to share. Sharing is berkat.... Tapi tak tahulah pulak saya the exact taste. Hopefully sedap and okaylah ikut kehendak dan selera Nabilla. Masih menunggu feed back beliau tapi dah tak sabar-sabar nak post...

Salah satu jenis yang dibakar - bahan yang berbeza except for the bread

Ini yang guna teknik bain marie - bahan yang berbeza dgn yang atas tu

Saya cuba buat kedua-duanya.................. yang atas tu dah kali kedua lah saya buat.....



Gambar saya tak cantik sangat.............saya cuma guna handphone..... itu pun handphone purbakala...... tak canggih.....sedihnya..... itu je yang ada.... syukurlah...


Since saya buat kedua-dua jenis purposely untuk Nabilla rasa dan comment, so saya divide kepada dua bahagian dan  saya hantarserah kepada empunya diri. Minta-mintak sedaplah.....Amin



Yang hitam-hitam tu bukannya hangit, tapi tak tahulah camera canggih saya ni..hihi..

Now.... ini percubaan untuk birthday Ammar....

Ammar is going to 2 yrs old  next month. 28 Nov 2012. Rasa macam baru semalam melahirkan..... dan dengan keistimewaan Ammar, saya tak rasa dia dah capai 2 tahun. Rasa macam masih baby, sebab penjagaannya masih perlu ditelitikan.... tapi kesabaran itulah kuncinya...... Saya sentiasa berdoa agar saya akan terus sabar dalam membesarkan Ammar. Dan semoga Ammar pulih dan membesar seperti kanak-kanak sabaya usianya. Amin



Ini percubaan for his  coming birthday....... comel tak?

KAlau nak order contactlah saya...........................

Happy Birthday Aqeel Boboiboy.... He is 5 yrs ....

Happy Birthday Aqeel. Mama doakan Aqeel jadi anak yang soleh... sihat fizikal, rohani, spiritual dan mental...

Cupcakes with fondant decoration..





Saja test buat deco ini selepas menghadiri kelas fondant dengan kak aza tempoh hari..... Thanks kak.Letih membuatnya... patutlah orang caj mahal fondant ni....

Jom cuci-cuci mata lagi






Berminat boleh order ye... 012-6409936. Fondant ni lain dari yang lain..... sedap dan tak akan dibuang begitu saja..... Kanak-kanak pasti menyukainya. Trust me... Its a homemade fondant. Jadi tak membazir menjadikannya topping kek walaupun kosnya agak sedikit mahal.

Cakes with colourful and yummilicious fondant topping...


Cakes with Fondant......................  cantik dan sedap di makan... Percayalah.... Aqeel pun asyik mengutip jer... mama control sikit..... jaga kesihatan.

Berminat? Please put your order .... boleh buat untuk hantaran bertunang, anniversary.... etc.

Tuesday 9 October 2012

Cara Berlauk

Talam berlauk....... ha...ampak sedap kan....penuh lauknya.............kalau ikut plan asal, dah lama nak buat kuih ni. Acunya saya dah beli masa mengandungkan aqeel lagi..... cuba imagine... Aqeel sekarang dah  5 tahun ma....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jom cuci mata..... buang tahi mata tu!

Intinya yang penuh ........

Rasanya yang lazat.... tapi tawar sikit... takpela.....
TAPI Mak mertua kita kata sedapppppppppp................. yey yey...kembang semangkuk la saya....

Fruity Pavlova

Kawan baik saya sejak Form 4 di Sek. Keb. Agama Sultan Azlan Ayah Bota (SMKASAS)  Wan Hafizah and Shida datang ke rumah saya Aidilfitri dulu. Dah lama tak jumpa..... iyelah masing-masing dah ada haluan sendiri.... Jadi kebetulan hari tu ada balance pavlova.. dah tersurat nak jadi rezeki Wan dan Shida... sedap kata deme...


Minggu lepas... Wan sms ckp she was craving for my pavlova... so dia order 2 set untuk santapan bersama rakan-rakannya di LHDN Ipoh. Terimakasih Wan.....









PAVLOVA saya memang istimewa.... perasan pulak..... betul.... nak membuatnya bukan senang... saya je yang tahu ........ yang penting..... kaya dengan buah-buahan.......selak-selak buah baru nampak krim.... so motif di sini ialah saya nak kata pavlova saya banyak letak buah.... hihi..

Nak order?  012-6409936... Luv u....

Kek Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum semua....

Kek pisang sepanjang zaman....

Dah crack sikit atasnya... tapi tetap lazat......
Kek pisang ni sedap dan lembut jer.... nak try bolehlah order.

Butter Bread Pudding


Bread Butter Pudding......


A friend of mine requested for this pudding  last week... katanya bila free buatlah......tapi masih belum sempat di deliver kepadanya sebab dah kena makan separuh oleh Aqeel dan hubby. Separuh lagi dah hanatar rumah mak mertua. InsayaAllah hari ini saya buat untuk awak ye.....

Rahsia apam polkadot yang gebu dan comel.....

Assalamualaikum semua....

Kalau bercerita tentang apam polkadot ni, saya rasa seantero dunia dah tahu kut..... semua orang pasti terpikat dengan kecomelannya.... semua orang pun saya rasa dah mempunyai resepi ini di dalam buku resepi mereka... sama macam saya..

Kalau nak tahu saya dah banyak kali try buat apam ni.... ikut resepi internet la... bila dah siap seronok sangat.... rasa  macam dunia ini ana yang punya walaupun ianya tidak gebu dan tidak montok macam hero kucing kesayangan saya... Tapi time tu saya tak rasa down sebab saya tak pernah makan dan menikmati  "tekstur sebenar" apam ini. Jadi ikut hemah saya pada ketika itu, apa yang saya buat sudah cukup marvelous.... konon...............lebih-lebih lagi bila tengok si kurus Aqeel pelahap semacam jer... kira okaylah kan????

Hinggalah satu ketika tatkala saya breakfast di sebuah kedai yang kebetulan ada menjual apam comel ini. Jadi saya pun subalah rasa.... dan....jeng jeng jeng....... lembutnya walau dah lama masak.... gebunya..... totally different macam yang saya buat. Saya mula tertanya-tanya mcamana apam dia boleh jadi gitu? Lebih menyayat hati bila si Kurus Aqeel tu boleh cakap:- " lembutnya tak macam mama buat...." Ini yang tercabar ni..

Sejak hari itu, saya mula google semula  dalam internet looking for the correct receipe and method.... Surprisingly semua blog mempunyai resepi yang sama dan cara yang sama. Resepi terdahulu saya perolehi dari blog Apampolkadot.com. Cuma resepi blog ini jelah yang provide quite different methods. Jadi saya return back to this blog and looked for the clues etc etc.... untuk membaikpulih keadaan apam saya tu... Dari blog ini, dari setiap komen,persoalan yang dikemukakan oleh pengunjung-pengunjungnya dirangkumkan sekali dengan saya punya pengalaman sendiri ....... akhirnya saya temui jawapan kepada permasalahan saya tersebut....

YANG PASTI LAGI BERSULUH   resepi yang diperolehi tidak salah, cuma method yang salah. Jadi saya masih lagi menggunapakai resepi dari blog Apampolkadot.com. Terima kasih. Saya copy paste di sini. Saya edit sedikit caranya mengikut pengalaman saya beserta petua-petua di dalam menyediakannya.


PETUA APAM POLKADOT  YANG GEBU DAN COMEL

1. Apam ini tidak boleh diletak di dalam suhu bilik dalam tempoh masa yang lama.
2. Kalau boleh pasanglah aircond/ kipas masa membuatnya.
3. Pastikan telur dan susu betul-betul sejuk sebelum digunakan.
4. Pukul kena lam sedikit.


RESEPINYA

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
    (Saya pukul lebih kurang 2-3 minit sehingga foamy aka putih gebu. Guna high speed)
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
    (2 minit = high speed)
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
   (2 minit = high speed)
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan
    ( 3-4 minit = medium speed sehingga likat)
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
 

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
D
Dan inilah hasilnya:




SELAMAT MENCUBA..... BILA DAH CUBA DAN AGAK-AGAK DAH SERIK ORDER JE LA NGAN SAYA YE... 012-6409936...