Wednesday, 11 April 2012

Talam Suji and Tokyo

kuih talam yang bakal dihantar dengan kereta sport aqeel tanpa caj tambahan...

Talam Tokyo


Tempahan kak yati untuk diberikan kepada emaknya untuk dibawa ke masjid...... moga dapat sedikit pahala daripada amal baik tersebut..amin.

Kak Yati, Cik Jue, Cik Zurin...adalah nama-nama biasa yang selalu menempah dari saya....terima kasih banyak-banyak atas sokongan padu ini.....

Sarang Emas


Saja nak post gambar ni... tempahan dari adik Nurul di Johor.... so ini baru siap 50%....... belm decorate lagi...... nantikan kemunculan versi penuh....

Fruitty Pavlova

Tempahan daripada Tengku Rahimah untuk santapan bersama suami tersayang sebelum suaminya terbang dan pulang ke Sarawak.... jauh kan... Sabarlah Tengku......

Teringat saya time PJJ (Pernikahan Jarak Jauh) antara saya dan suami dulu...... letih berulang-alik.... dan itulah rutin kami  selama hampie 3 thn......

Untuk order call saya 012-6409936

Fruitty Pavlova Double layer

Double layer pavlova..... tapi tidak bersedia untuk menerima tempahan buat masa ini... minta maaf....sebabnya oven saya terlalu kecil dan saya perlu mencari tune heat untuk oven saya tu betul-betul. Otherwise tak jadi pavlova ni.....

Aduss untuk 1st layer saja berjam-jam saya berkubu dpn oven tu  tunggu untuk masak.  Normal hour hanyalah 1 jam je... tapi tidak dengan oven kecil saya... mak almost 3 hours!!! Kalau letak high temperature dia hangit dan tak cukup masak... so turun kan...... ding dong ding dong...... 3 jam baru siap.......nampaknya kena beli oven besarla kut..... nantilah Insya Allah...

Cupcakes




Ini butter Cupcakes dengan buttercream topping... kalau ada yang ingin menempah contactlah saya 012-6409936.

Chicken Pie la pulak

Chicken Pie.... nak tempah ngan cik jah silalah....
Butter Cakes... simply delicious

Another talam suji yang ditempah dari Yati (UTAR Kampar). Yati ni memang penggemar talam suji.... tapi alkisahlah cik jah ni... masa buat talam ni tak nyabor-nyabor nak potong.... over exited pulak..... so sebaik sahaja 1 jam dikeluarkan dari kukus tu ..jeng..jeng..jeng.... cik jah pun potong la.... dan... cik jah nampak macam lembik..... tapi tangan ni tak stop masih meneruskan potongan.... pastu dah gabra mengapa talam aku lembik ni....
Cepat-cepatlah menelefon cikgu talam kak ita rohaya.... apalagi kena semburla... katanya dia yang bertahun buat talam pun tak pernah potong sejam lepas keluar dari kukus. Paling cepat pun 4 jam....!!! Ha ambik kau!

Tu la bangkang lagi cakap cikgu...
Maaflah Yati atas ketridaksabaran saya ni.... A'la kulli halin... ini feedback Yati selepas saya minta maaf atas ketidaksempurnaan rupa talam tersebut..

"Takpa kak, sbb rasa dia sdap. hehe..next time  try tempah talam lain. nak tmph talam tokyo pulak..."

Fuhh.......lega..........................................Alhamdulillah and syukran jazilan.

Talam Tokyo Cik Jue

Cik Jue, selepas asyik tengok post saya pasal talam tokyo ni, akhirnya membuat tempahan. Tak tahan godaaan katanya. Tambahan pula Cik Jue memang penggemar kuih yang manis dan bersantan..so ini confirm favorite dia...

Dan feedback dari Cik Jue... dia amatlah suka kuih ini ..... petang tu je dah habis separuh loyang....

Talam Suji


 Tempahan talam suji daripada seorang kawan....special request nak yang lembut and lembik sedikit di atas.... jenuhla concentrate untuk jadikan lembik atasnya hingga terlupa letak pewarna untuk lapisan bawah... itu yang nampak pucat lesi je tu...

Anyway still sedap.... terima kasih kerana sudi order....



Chocolate Moist Cake

Yang ini chocolate moist with chocolate ganache.....

Cupcakes




Semasa saya enter post ini baru dapat berita yang gempa bumi kedua telah melanda Sumatera selepas gempa bumi yang pertama melanda pada pukul 4.00 petang tadi. Doa saya semoga rahmat dan kasih sayang Allah meliputi semua mangsa-mangsa tersebut dan juga semua Muslimin Muslimat termasuklah kita di bumi Malaysia ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun........


Cupcakes ini dibuat sempena besday kak yati tempohari.Chocolate moist cupcakes dengan various filling antaranya creem cheese, peanut butter and chocolate ganache..... Sedap kata kak yati. Alhamdulillah, seronok dapat feed back yang memberangsangkan daripada kawan-kawan dan customers saya... yang mana adalah kawan-kawan saya juga.

Saya masih terlalu awal di dalam bidang ini.... jadi amatlah banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki demi kepuasan saya dan juga customers saya......Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...