Wednesday 11 April 2012


Another talam suji yang ditempah dari Yati (UTAR Kampar). Yati ni memang penggemar talam suji.... tapi alkisahlah cik jah ni... masa buat talam ni tak nyabor-nyabor nak potong.... over exited pulak..... so sebaik sahaja 1 jam dikeluarkan dari kukus tu ..jeng..jeng..jeng.... cik jah pun potong la.... dan... cik jah nampak macam lembik..... tapi tangan ni tak stop masih meneruskan potongan.... pastu dah gabra mengapa talam aku lembik ni....
Cepat-cepatlah menelefon cikgu talam kak ita rohaya.... apalagi kena semburla... katanya dia yang bertahun buat talam pun tak pernah potong sejam lepas keluar dari kukus. Paling cepat pun 4 jam....!!! Ha ambik kau!

Tu la bangkang lagi cakap cikgu...
Maaflah Yati atas ketridaksabaran saya ni.... A'la kulli halin... ini feedback Yati selepas saya minta maaf atas ketidaksempurnaan rupa talam tersebut..

"Takpa kak, sbb rasa dia sdap. hehe..next time  try tempah talam lain. nak tmph talam tokyo pulak..."

Fuhh.......lega..........................................Alhamdulillah and syukran jazilan.

No comments: